MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
Power kerabunan meningkat ! | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Tuesday, February 20, 2018

Power kerabunan meningkat !

Hai. Assalamualaikum.

Hari tu teman kawan pergi kedai cermin mata. Alang alang tu saja lah try nak check kerabunan mata ni sebab masa last check mata tu terlupa pulak berapa power sekarang. Hahaha.

No wonder la makin lama rasa macam makin jauh je kalau tak pakai spek. Rupanya,mak aih, power da meningkat ! Hahaha first impression, mestilah sedih. Tak expect pun akan meningkat plus kepala asyik pening je. Ye lah, penglihatan da makin terhad. Sakit mata nak fokus tengok benda, terus pening kepala. Huhu.




Yang dalam printed word tu hasil pemeriksaan mata yang baru baru ni. Yang ditulis tu, power cermin mata yang tengah pakai sekarang. Beza dekat rabun la makin meningkat. Kanan naik 25, kiri naik 75. Terkejut sebab dulu okay la dua dua mata baru seratus seratus. Sekarang dah sampai 300 mana sis tak terkejutttt? Haha.

Start rabun masa tingkatan 4, tahun 2012. Tu pun perasan sbb bila duduk paling belakang dalam kelas, tak nampak apa yang ditulis oleh cikgu kat papan putih tu. Check check mata, memang kene pakai spek pon. Sobs sobs. Lepas bermula la kisahku dengan spek. Kalau boleh, nak mata sihat je. Tak nak pakai spek pun.

So kawan kawan, apa cara terbaik untuk kurangkan rabun, atau pun untuk hilangkan rabun? Hihi. Mind to share, kalau kalau ada tips yang maybe pernah diamalkan dan berjaya ke, kan? Kecuali lasik sebab lasik mahal. Maybe lasik boleh aim for future la kot kalau da ada duit banyak banyak ;)
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

3 comments:

Aryan azra said...

akak pun rabun jugak huhuhu dulu2 rajin urut2 mata untuk kurangkan rabun macam yang dr fadhilah kamsah ajar tu tapi dah lama tak buat

Hanachie said...

Poor you! T^T Sorry... saya tak ada tips tentang ni sebab tak pernah kena penyakit rabun heheh ^^ *Hana follow sini ya! :3

I am LZ said...

Me too..
Rabun bertambah, terkejut jugakk.. Mungkin LZ banyak terdedah dengan gadget dan PC. Sekarang dalam proses buat spec baru..

;