MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
Main-II Forward Mesej :D | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Wednesday, December 14, 2011

Main-II Forward Mesej :D

Assalammualaikum ~

Hi you all ! Hak2 . ( nyampahnyaaaa ) .. Ok .. Direct terus ! Kalian pernah dapat tak SMS yang macam ugut-II uh ? Alaa , mesej berantai ler . Yang suruh forward-II tu . Kan macam ugut uh ( kadang-II ) . Mesti la pernah dapat kan ? Haha . Kalian perasan tak kadang-II ( au memang pun ) SMS yang berupa sedemikian biasanya mendoakan kita yang tak baik-II kalau TAK FORWARD ? Ape kes ? Terbaru , Mirza dapat mesej yang cam uh jugak . Masih baru ! Ingat kan dah takde orang 'main' mesej berantai ni . Mirza pun dah lama tak forwarding . Eheh . Tapi kali ni Mirza tak baca habis . Mirza baca sampai ade ayat " Saya bersumpah ! " . Yang seterusnya suruh adik baca . Haha . Takut punya pasal la kan . Ancaman dalam mesej uh , kalau tak forward , kita tak kan berjaya SELAMA-LAMANYA . Siap ade Amin-nya sekali . ==' Pelik laa . kenapa mesti doakan yang tak baik hah ? Tak baik laa doa-II macam ni . Tadi kawan Mirza hantar mesej jenis ni . At last , dia tanya Mirza betul ke ape yang dia buat ni . Mirza konfius dan tak tahu nak jawab apa . So , Mirza nekad nak cari info pasal mesej berantai semua ni . And i found ,

Mengikut kaedah fiqh sumpah yang tidak menyebut Wa Allah, Bil Allah, Tal Allah tidak dosa dan tiada kifarah atau denda yang dikenakan. Lagipun orang yang membaca tidak jatuh sumpahnya kerana itu bukan datang dari keinginannya iaitu dari hati dan lidahnya dan itu secara perangkap sahaja. Boleh jadi juga ini adalah kerja jahat dari musuh-musuh Islam yang tidak henti-henti mencari teknik dan helah baru untuk menyesatkan orang Islam. 


Banyak lagi cara untuk berdakwah yang boleh dilakukan selain dari menghantar email atau mesej berantai ini. Kalau anda abaikan email dan mesej berantai ini pun tak jadi apa-apa masalah dan tak mendatangkan apa-apa musibah. Sebabnya kalau dilihat dari email tersebut tiada bukti nas atau dalil yang mengatakan kalau orang yang tak menghantar email atau mesej tersebut akan dimurkai Allah dan akan dikenakan bala bencana. Sebagai orang Islam yang bijak, anda buang sahaja kandungan sumpah tersebut dan hantarkan sebahagian email lagi yang tidak mengandungi sumpah laknat kepada kawan-kawan anda yang berdekatan, supaya ia dapat dibaca dan dimanfaatkan. Dalam masa yang sama, anda telah menyebarkan dakwah Islam kepada kawan-kawan anda dengan menggunakan konsep hikmah dan mauizah hasanah. Mudah-mudahan anda mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah.

Agama Islam adalah agama yang benar dan tiada paksaan kepada sesiapa yang ingin memeluknya. Kaedah dakwah yang saya berikan di atas adalah paling cantik untuk pendakwah (dai'e) amalkan, kerana ia bersesuaian pada bila-bila masa dan keadaan. Lakukan dakwah dengan kebijaksanaan, ilmu, nasihat,contoh tauladan yang baik dan berdialoglah dengan memberikan bukti-bukti yang kongkrit untuk menarik minat manusia mengamalkan ajaran Islam.

Kecualilah umat Islam yang tidak mahu melaksanakan ibadah wajib dan melakukan jenayah-jenayah yang besar seperti, mencuri, maksiat, zina, tidak menutup aurat, murtad dan sebagainya. Maka barulah digunakan pendekatan kekerasan dan ancaman kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut dengan berpandukan dalil Al-Quran dan Hadis. Sekian dari penjelasan saya untuk masalah ini, saya mohon maaf kalau ada apa-apa kesilapan dan kekasaran." - Blog Ustaz Nor Amin

Ade lah jugak yang kata mesej-II cam ni hukumnya khurafat . So , kalian tak payahlah bazirkan kredit kalian lagi ye . Kalau masa itu emas , duit itu pun emas . Haha . Ade nilainya . > Peace Yow ! <

Sekian , itu sahaja . Harap jelas ye ^__^
 

* aih ! baru nak publish post ni , da dapat lagi satu mesej cegini =='
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

No comments:

;